Thursday 26 October 2017

Program Bubur Asyura

Program Bubur Asyura telah diadakan 12 Oktober 2017 bertempat di Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang. Penganjuran ini dilaksanakan bersama Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia.











Tuesday 24 October 2017

Lawatan Rasmi TYT Pulau Pinang ke Negeri Sarawak

Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas ke Negeri Sarawak bersama Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang (YBI) dan Gabungan Kesenian & Kebudayaan Melayu Pulau Pinang pada 16 - 19 Oktober 2017. Kunjungan hormat ini disambut oleh TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud di Astana Negeri, Petra Jaya.



































Tuesday 17 October 2017

MAJLIS PELANCARAN BUKU

Majlis Pelancaran Buku Pendidikan Kesihatan Masyarakat ini telah ditulis bersama oleh Prof. Dr. Mohamed Azmi bin Ahmad Hassali dan Dato' Dr. Azhar bin Amir Hamzah dari Universiti Sains Malaysia (USM). Buku-buku ini telah diterbitkan oleh Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia dan Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang (YBI).


YB Dato' Dr. Haji Muhamad Farid bin Haji Saad (ADUN Pulau Betong) telah menyempurnakan majlis pelancaran sebagai wakil rasmi YB Dato' Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan. Pelancaran diadakan di Bangunan PEMENANG Pulau Pinang pada 27 Ogos 2017.