Monday 29 December 2014

Program Bantuan Kemanusiaan

BANTUAN KEMANUSIAAN
Mangsa banjir di Kelantan
 
Yayasan Bina Ilmu, Pulau Pinang bersama Komuniti 1 Malaysia, Taman Nusantara turut sama memberikan sumbangan barang-barang keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan.







Sunday 28 December 2014

Kunjungan Mesra

Dato' Abdul Rashid Bin Ismail dan Ahli Jawatankuasa YBI melawat Ahli YBI iaitu Tn. Hj. Abdul Aziz Shaik Meera pada 27 Disember 2014, dekat rumah beliau di Taman Pauh Jaya. Beliau mengidap sakit angin ahmar.

Semoga beliau terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada,

Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa YBI Pulau Pinang.



Monday 22 December 2014

Mesyuarat AJK Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang

Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang telah diadakan pada 22 Disember 2014, Jam 9.00 malam bertempat di Dewan Yayasan Bina Ilmu, Jelutong.






Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi,
2. Membentang Minit Mesyuarat Agung yang lalu,
3. Membincangkan aktiviti dan program-program bagi Tahun 2015,
4. Hal-hal lain.

Friday 21 November 2014

Mesyuarat Agung Yayasan Bina Ilmu Kali ke 7 Tahun 2014

Notis Mesyuarat Agung Yayasan Bina Ilmu Kali ke 7 bagi Tahun 2014

 
 


Mesyuarat Agung Yayasan Bina Ilmu Kali ke 7
Ahad, 23 November 2014
Yayasan Bina Ilmu, Pulau Pinang
 
 
  








 




Sunday 16 November 2014

Lawatan YBI Ke Universiti Utara Malaysia

 
Lawatan Yayasan Bina Ilmu (ybi pulau pinang) ke Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 16 Nov 2014 bersama Komuniti 1Malaysia, Jalan Makloom Pulau Pinang.
Program ini diadakan bagi tujuan perkongsian pintar yang lebih akrab diantara pihak YBI dengan UUM dari segi hubungan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Kerjasama ini diharapkan dapat membantu YBI dalam memajukan dan mentranfomasikan aktiviti pelaksanaan program ke arah lebih jitu.

 
 
Lawatan ke UUM 16 Nov 2014

Taklimat disampaikan oleh PR UUM

Peserta lawatan

Dato' Abdul Rashid dan Datin Sabariah menantangani buku pelawat

Dato' Abdul Rashid Ismail, selaku Pengerusi YBI menyampaikan cenderahati dan buku kepada Pengurus Anjung Tamu UUM, Unit Komunikasi Korporat, Pn Hjh.Rasidah Hj. Rodzi

Gambar kenangan peserta lawatan

Graduasi UUM bergambar bersama Dato' Rashid dan Datin Sabariah

Tuesday 4 November 2014

Dato' Abdul Rashid Bin Ismail mempunyai pengalaman kerja yang luas di dalam bidang pengurusan. Menjadi Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1987 sehingga tahun 1990. Beliau telah berkhidmat sebagai Senator, Dewan Negara pada tahun 1991 hingga 1996.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Rex Industry Berhad dari tahun 1995 sehingga tahun 2014.
Selaku Pengerusi YBI, beliau berperanan sebagai peneraju yang bertanggungjawab membangun dan melakar hala tuju Yayasan dengan lebih unggul, cemerlang dan gemilang.

Wednesday 15 October 2014

Aktiviti : Kursus Asas Sembelihan

Program Anjuran Jasrul Khairi Education dengan kerjasama YBI.
Bertempat di Perumahan Kastam, Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 3 Jun 2014.

Progrm ini bertujuan untuk mengajar para peserta yang terdiri daripada para pelajar mengenai teknik dan kepentingan penyembelihan dalam Islam.
Peserta diberikan seekor ayam sebagai praktikal.


Aktiviti : Majlis Penyampaian Bantuan Kerusi Roda



:-  Antara penerima bantuan


Foto : Pengerusi YBI, Dato’ Abdul Rashid bin Ismail bersama En. Bakar bin Ismail, Lembaga Pemegang Amanah YBI menyampaikan bantuan kerusi roda. 

Tuesday 14 October 2014

Aktiviti : Bantuan Zakat

Sumbangan Zakat Tahun 2014 pada 13 Julai yang lalu.Majlis disempurnakan oleh Dato’ Abdul Rashid bin Ismail selaku Pengerusi YBI. Bertempat di Dewan YBI.





Dato’ Abdul Rashid bin Ismail, Pengerusi YBI dan Dato’ Hj. Zulkarnain bin Hj. Harun, Bendahari Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang menyampaikan bantuan zakat kepada fakir/miskin Tahun 2013