Wednesday 9 December 2015

Jamuan Makan Malam Amal

Jamuan Makan Malam Amal
Bersama
T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
 
Tarikh : 6 Disember 2015 (Ahad)
Tempat : Restoran Pen Mutiara, Batu Maung
 
 
Majlis makan malam ini dianjurkan oleh Yayasan Bina Ilmu (YBI) bersama Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan Persatuan Sains Farmasi USM.
 
 
 












 


 








Monday 5 October 2015

Ceramah Umum Bagi Pemilihan Bidang Farmasi

Majlis bersama pelajar tingkatan 5 dan 6 diadakan bagi memberi motivasi dan galakan untuk para pelajar memilih bidang Farmasi di USM.

Dianjurkan oleh Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang Berhad bersama GPMS Pulau Pinang dan School Of Famasi, USM.

Tarikh : 19 September 2015
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : USM Pulau Pinang

 


 

Monday 31 August 2015

Majlis Jamuan Silaturahim

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) telah mengadakan Majlis Jamuan Silaturahim semperna hari raya aidilfitri pada 29 Julai 2015 (13 Syawal 1436H) di Hotel Bayview, Pulau Pinang.

Tetamu kehormat Tuan Yang Terutama  Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas  dan Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. Datuk Abdul Rashid Ismail dan Datin Sabariah Md. Noor, Prof. Dr. Mohammed Azmi Ahmad Hassali dan isteri serta staf YBI turut hadir dalam majlis tersebut.









Sunday 5 July 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Zakat 1436H

Pada 5 Julai 2015, bertempat di Dewan Yayasan Bina Ilmu (YBI), satu majlis sumbangan zakat kepada fakir dan miskin telah diadakan. Zakat yang telah disumbangkan oleh para penderma diberikan kepada lebih kurang 150 orang penerima yang layak. Agihan diberikan dalam bentuk sumbangan wang tunai, beras dan barang-barang dapur seperti gula, minyak masak dan lain-lain lagi.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi YBI, Dato' Abdul Rashid bin Ismail.

Gambar-gambar sekitar majlis sumbangan tersebut :




 








 
 
 

Majlis Berbuka Puasa AJK Persatuan Bina Ilmu, Pulau Pinang

Majlis Berbuka Puasa AJK Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang telah diadakan diadakan di Pen Mutiara Curry House, Wisma Nelayan, Pelabuhan Batu Maung, Pulau Pinang pada 30 Jun 2015.